Quantcast
Channel: Zaini Satay
Viewing all 29 articles
Browse latest View live

Zaini Satay in Going Places February 2014 Edition

$
0
0

SIZZLING SATAY

A Malaysian favourite, satay is skewered meat grilled over a charcoal fire and eaten with a spicy peaunt sauce. It is served with cucumber, onions and ketupat, a type of rice dumpling.

ZAINI SATAY

Back in the day, satay sellers would carry their wares in baskets balanced on a kandar (long pole). They would do their rounds, stopping at certain locations to cater regulars. One of them, Majid Satay, was the king of satay on Campbell Road (now Dang Wangi). Today his grandchildren are still in the satay business, Zaini Satay being one of them. They do brisk business upholding, and stamping their own mark on, Majid's Satay legacy. Their perfectly cooked meats and well-balanced sauce is matched with such cheery service that is it little wonder this neighbourhood joint gets such accolades from punters.

Another article from Going Places August 2012.

Chef Wan talked about Zaini Satay

$
0
0

Chef Wan Instagram

"Dinner for me tonight is just 10 sticks of Satay itu pun after 7 stick tak larat dah nak sambung. Every few months i would craved for Satay Ayam and asked by driver to just beli di Ampang Jaya Satay Zaini itu sahaja if i have the gerai name correct. Itu la senang bila kita hidup bujang dan tak berkeluarga tak perlu nak fussed around too much about food. I have never been a fan of Satay Daging though sebab masa kecil2 kita tak selalu beli daging sebab mahal dan hidup pun susah.Jika ada pun di potong kecil2 masak kari atau Gulai Lemak Chili Padi ada la.So i can never enjoy a piece of Steak either. Another dislike is Nasi Bungkus kecuali Nasi Lemak. I just dont like food that is piled up then tuang kuah lepas tu by the time u want to eat is cold and worst soggy. I am not a big fan of kueh2 Manis too as i find them either overly sweet."

http://instagram.com/chefwan58

Food Review by Zul Deanz

$
0
0

Pekena Zaini Sate

Terlebih dahulu penulis memohon maaf kepada peminat Sate Kajang. Sebelum ini penulis sudah banyak kali makan Sate Kajang. Dahulu tidak dinafikan bahawa Sate Kajang ini di antara yang tersedap yang pernah penulis makan. Tetapi kini, Sate Kajang tidak sesedap dahulu lagi.
Gerai Zaini Satay.
Mungkin dahulu, mereka membuat, memasak dan membakar sate secara manual tetapi setelah sate mereka kian popular dan banyak permintaan, kini mereka menggunakan mesin untuk membuat dan membakar sate yang lebih mudah dan cepat. Semenjak itu lidah penulis tidak dapat mengatakan yang Sate Kajang yang diantara yang tersedap dan terbaik.
Sedang membakar sate.
Penulis baharu sahaja mendapat tahu ada sate yang lebih sedap dari Sate Kajang. Kelmarin, penulis ke Ampang Jaya. Di sinilah terletaknya gerai sate yang dikatakan di antara yang tersedap di sekitar Ampang Jaya. Zaini Sate ini bukan terletak dalam sebuah restoran mewah, gerai ini cuma berada di medan selera di tepi jalan sahaja.
Suasana di Gerai Zaini Satay.
Zaini Sate mungkin tidak sehebat Sate Wak Samuri. Tetapi Zaini Sate ini boleh tahan juga sejarahnya. Zaini Sate adalah perniagaan warisan dari arwah datuknya iaitu Majid Satay sejak dari 1960an lagi. Zaman 60an ke 70an adalah zaman kegemilangan Majid Satay. Cerita ini ada di sebut di dalam buku “Tapai” oleh Hishamudin Rais.
Zaini Satay.
Satenya memang tip topt! Sate daging memang well marinated, penuh berempah, isinya lembut dan sangat lazat. Namun sate ayamnya tidak sesedap daging lembunya, tetapi tetap terbaik. Kedua-duanya diperap cukup lama sehingga isinya menyerap rempahnya.
Satay yang terbaik di Ampang.
Sate di sini memang sedap jika hendak dibandingkan dengan sate yang dikatakan popular dari Kajang itu. Sate Zaini ini tidak terlalu kering dan kuah kacangnya amatlah segar dan enak.
Satay sedang dibakar.
Manakala daging sate nya lembut, lemak, berempah dan besar. Tetepi, harganya agak mahal sedikit daripada gerai sate yang lain. Sate dagingnya berharga 90 sen, ayamg 80 sen dan perut RM1.50. Tetapi jika anda sudah pekena sate Zaini ini, sure tolak ke tepi lah sate-sate yang lain.... hehehe...
Medan Selera Ampang Jaya.
Ok, silalah pergi mencuba sate Zaini ini. Jika tidak sedap jangan marahkan penulis. 
Citara rasa manusia adalah berbeza beza..... hehe

Zaini Satay @ Jalan-Jalan Cari Makan JJCM TV3 17 Ogos 2014

Zaini Satay @ JJCM Jalan-Jalan Cari Makan 17 August 2014

Zaini Satay @ Datuk Yusof Haslam

5 star review from our customers @ Zaini Satay

$
0
0
Thank you for all the reviews! Keep supporting us to serve you the best satay in Malaysia!




Food Review by Sueginola

$
0
0
Credit to Sueginola

Zaini Satay, Ampang Jaya...

Sejak perut Atie dah makin besar ni dia dah tak drive pergi dan balik kerja...so Azrul yang akan amik dan hantar diaorang....
Tapi sebab kadang-kadang tu kalau Azrul ada "on-call" kerja dia jadi dah jadi rutin me seminggu mesti 2-3 kali bila balik kerja je kena amik Atie dengan Imraan dari tempat kerja Atie.......kalau tak memang diaorang tunggu Azrul jelah...
Tapi takat amik kat tempat kerja hantar balik rumah Emak jelah...nak balik rumah sendiri tetaplah kena tunggu Azrul amik.....

Nak dijadikan cerita....
Kebetulan pulak petang selasa hari tu Azrul ada "on-call" lagi so me kenalah pergi amik diaorang...
Eh me tak kisah pun sebab sehala nak balik rumah pun....no problem punyo!!....
Selalunya lepas amik terus zass balik rumah...tapi petang tu elok je Atie masuk kereta terus je me mengajak dia pergi beli Satay....iolls macam dah lama tak makan satay okeh....haruslah tetiba nak cari....
Terus je me decided ke Ampang Jaya....
Kat sini pun lah area nak cari sataynya pun (dekat sikit dengan rumah...kurang jem pun iya...)...
Sebab kalau tak kena cari kat Bukit Indah tak pun Bandar Baru Ampang..memang taklah kalau petang-petang jem-jem tu nak ke sana kan....
Kat Food Court kat Ampang Jaya ni sebenarnya ada dua gerai Satay....
Tapi sebab selalu me baca dalam blog kata Zaini Satay is the best..so kali ni kita try Zaini Satay.......
Selama ni ada je kot Ana belikan satay kat sini..cuma tak tau yang mana satu kitaorang makan...
Kat sini dua-dua gerai pun penuh orang membeli satay..jadi dia belasah je mana yang rasa cepat tu yang dia order...so yang kat rumah ni memang sah-sahlah tak tau dari gerai mana satu yang kitaorang makan tu kan..janji satay sudah...hehehehe...
So dah pergi beli sendiri ni kita trylah beli.....




Imraan dan Atie...
Atie masa perut 7 bulan ke bawah semua orang ingat dia dah gemuk....kesian okeh...padahal dia mengandung....
Yang me pulak gemuk tapi orang ingat mengandung...bagussss...terbaikkk kan......!!hihihiik...



Nampak tak...satu Zaini Satay, satu lagi Nur Satay....
Rasanya dua-dua pun sedap je....tapi sapa-sapa yang biasa beli akan cakap Zaini Satay yang paling sedap...


Tunggu lama boleh tahan okeh...
Masa pergi ni dah pukul 6....ingatkan kitaorang ni orang yang first order...perasan sangatttt...rupanya orang yang tapau ada 2 orang depan kitaorang, pastu orang yang makan kat situ ada 3 meja.....
Memang sedaplah tu kan sampai orang semua tak menyempat-nyempat....
Tengok gambar...Imraan dah mengajak balik dah masa ni.....bosan dah kot tunggu lama....



Me order 25 cucuk satay Ayam, 5 cucuk satay Daging...



Ada jugak order Nasi Impit 2 Set....



Disebabkan satay-sataynya besar sempat me bawak pagi-pagi esoknya.....
Ni pun nasib baik terbawak bekal...ingatkan nak beli breakfast pastu satay ni nak makan nanti-nanti, sekali boleh pulak Cafe tutup....terus breakfast Satay dengan Nasi Impit pagi tu....



Review dari lidah me:
Harga secucuk 90 sen....memang agak mahal dari kat tempat lain....tapi masa bukak je bungkusan tu kat rumah,  memang masing-masing terkejut tengok sataynya okeh...besar-besar giler (ingatkan bila dah bakar tu jadi kecik kan...tak rupanya...).....
Silalah percaya yang kitaorang 3 orang yang giler satay bila makan 30 cucuk tu tak habis...ada berlebih dalam 12 cucuk lagi....(3 orang sebab emak tak makan)
So memang berpadananlah dengan harga 90 sen tu pun...memang tak rugi....
Antara satay Ayam dan satay Daging pulak satay Daging adalah tersedap okeh....
Memang moist dan lembut jek satay dagingnya tau......(sila percaya inilah first time me makan satay Daging tak liat langsung...)....memang terbaiklah...!!(rugi pulak beli 5 ketul jek)....
Satay Ayam pulak memang moist, tapi tulah bila dah sejuk keras kejung...
Kuah Kacang pulak memang dia bagi banyak....kuah tu pun sedap (tapi Samuri tetap win bab kuahlah kan...)...
Timun dengan Bawang pun dia bagi super-banyak...
Apapun Zaini satay memang best dan memang tak kedekut langsung....eh korang kalau lalu situ bolehlah try ek.....in sya Allah tak rugi punya.....^_^




p.s.:  Sebenarnya dalam hidup me ni banyak satay yang dah me rasa (Arwah Abah dulu memang suka giler tapau satay, sebab beliau pun 'hantu' satay macam anaknya...hehehehe...)...sebut je satay beli kat Keramat, kat Dato' Keramat, kat Taman Melawati, kat Ampang, kat Ampang Jaya, kat Samuri Kajang, Samuri Kesas Highway, Samuri Taman Melati kat sana sini..rasanya mana yang best semuanya beliau dah tapaukan dah.......(kalau tulis memang tak tertulis banyaknya...)...tapi tulah masa tu Abah dah belikan kita main makan jelah kan..masa tu kalau sedap cakap sedap, kalau tak sedap cakap tak sedap (yang penting habissss...hihihihi)...dan dah tentu-tentulah tak tau pun ownernya sapa...sekarang ni bila dah kena beli sendiri barulah mengagau nak cari balik mana satu yang Arwah Abah beli yang sedap-sedap tu..huhuhu....
Bila dah kena beli sendiri ni bila dah makan baru teringat...ooo..abah pernah cakap abah beli kat sini, sinun, sekian..rupanya kitaorang dah pernah rasa pun (cuma masa tu mana ada blog ke apa ke nak tau kan...)....tapi what to do...tu dulu...sekarang ni kalau nak rasa yang best-best lagi silalah cari sendiri....huuuuuuu....nasib baik mr google ada.....

Selamat datang ke blog Zaini Satay!!

$
0
0
Hi,

Selamat Datang ke blog Zaini Satay!

Jemput jadi follower kami untuk mendapatkan info terkini tentang Zaini Satay.
Viewing all 29 articles
Browse latest View live